Sukan Hari Ini

Ozil kini setanding Dennis Bergkamp

LONDON – Arsene Wenger menyifatkan bintang sensasinya, Mesut Ozil setaraf legenda Arsenal, Dennis Bergkamp selepas pe­rancang antarabangsa Jerman itu sekali lagi menampilkan persembahan terbaik ketika membantu Gunners merampas takhta Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Bournemouth 2-0, semalam.

Ozil bukan saja meledak gol, tetapi turut mencipta gerakan untuk jaringan pembukaan Arsenal dalam aksi di Emirates, sekali gus mencipta 16 gerakan gol serta lima jaringan sepanjang musim ini.

Dia menghampiri rekod 20 bantuan gol yang dilukan seorang lagi legenda Gunners, Thiery Henry.

Selepas membandingkan Ozil dengan Bergkamp, Wenger kemudian memuji dan me­nyifatkan pemain berusia 27 tahun itu seorang yang lengkap.

“Lihat kepada jumlah itu. Jumlah bantuan gol yang dilakukan menjelaskan mengenai kehebatannya. Dia seorang pemain bola sepak sensasi yang lengkap.

“Saya amat gembira dengan prestasinya. Sudah tentu dia seorang pemain terbaik di Eropah. Di posisinya, dia cukup sensasi.

“Bergkamp lebih kepada penjaring gol jika dibandingkan dengan Mesut, namun Mesut lebih banyak melakukan gerakan gol, dan sekarang dia sudah mula menjadi peledak yang konsisten.

“Dia memiliki kualiti teknikal dan sesuatu yang paling saya nikmati ialah ketika dia melakukan hantaran.

“Jika anda berada di tempat duduk dan memikirkan, hantarkan bola itu sekarang…itulah yang dilakukannya. Anda belum habis berfikir bola itu sudah pun tiada,” kata Wenger.

Kata Wenger lagi, Ozil merupakan pemain yang konsisten dan sentiasa berkerja keras untuk membantu pasukan.
“Saya tidak tahu sama ada ia adalah persembahan yang terbaik, saya telah melihat beberapa permainan yang baik daripada dia musim ini,” katanya lagi.

Beberapa hari selepas dimalukan 4-0 oleh Stoke City, kemenangan ke atas Bournemouth membolehkan Arsenal berada di puncak liga dengan 39 mata, satu di mata di depan Leicester City, yang mampu merampas semula kedudukan itu andai menewaskan Manchester City, awal pagi ini. – AFP/nst

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");