Jenayah

Padah miliki tiket loteri haram

KUALA KRAI: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan polis kerana memiliki tiket loteri tanpa lesen di Dabong, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, bertindak atas maklumat awam, kira-kira jam 4.30 petang, pengadu bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai telah ke sebuah kawasan iaitu di hadapan rumah tanpa nombor di Berangan.

Menurutnya, setelah siasatan dibuat, seorang lelaki didapati memiliki tiket loteri tanpa lesen.

“Lelaki itu kemudiannya ditangkap dan barang kes dirampas.

“Suspek diberi jaminan selepas keterangannya diambil dan akan dituduh di mahkamah,” katanya.

Abdullah berkata, tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kes judi lebih kepada isu sosial yang perlu ditangani secara kolektif oleh masyarakat.

“Polis akan pantau dan banteras perkara ini daripada berleluasa,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 9 (1l) Akta Rumah Judi Terbuka, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan denda RM5,000.

Pada masa sama, Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat.

Katanya, polis memerlukan kerjasama berterusan daripada orang awam untuk membendung aktiviti bertentangan dengan undang-undang.

Dalam pada itu, seorang pemimpin yang enggan dikenali merakamkan ucapan tahniah kepada polis yang berjaya melumpuhkan aktiviti judi itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");