Membawang Hari Ini

Pak Nil ke Hollywood lagi

KUALA LUMPUR: Jika masih ingat, awal tahun ini, pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi pernah diundang NBC Universal menjadi wakil tunggal media Malaysia menghadiri International Press Junket di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) anjuran stesen penyiaran berpengaruh itu.

Ketika itu, Aznil atau mesra disapa Pak Nil berpeluang menemuramah personaliti Saluran E! seperti Kim Kardashians, Ryan Seacrest dan Giuliana Rancic.

Menyambut tahun 2016, sudah rezeki Aznil apabila dia sekali lagi diundang menghadiri acara sama.

Lebih mengujakan, sebulan selepas itu, personaliti yang dianggap ikon dunia pengacaraan tempatan ini dipelawa HBO Asia untuk membuat liputan segmen permaidani merah Anugerah Academy ke-87.

Pengumuman itu dibuat Aznil secara langsung dalam program H! Live yang dikendalikan Dahlia Shazwan, malam tadi. Aznil dijangka berangkat ke Hollywood pada 6 Januari depan bersama seorang jurukamera Astro.

“Alhamdulillah atas kesempatan kali kedua ini. Ketika pergi kali pertama dulu, saya memang gementar sebab sedar penguasaan Bahasa Inggeris saya tak sehebat orang lain.

“Tapi selepas ke sana, saya lihat dan rasa Bahasa Inggeris saya taklah teruk sangat kalau mahu dibandingkan dengan wakil media negara lain,” katanya.

Aznil mengakui hingga hari ini masih teringat kenangan indah menemubual Kardashians, Seacrest dan Rancic.

“Untuk pemergian kali kedua ini, saya tak nafikan perasaan berdebar itu tetap ada. Pastinya saya akan menemubual selebriti yang mengacarakan program atau terbabit dalam saluran E!,” katanya.

Aznil berkata, dia berdoa kesihatannya baik ketika bertugas di sana. “Saya perlu buat penyelidikan sebelum berangkat ke Hollywood. Ketika di sana, saya tak mahu membuang masa bertanya perkembangan terkini personaliti dan artis yang ditemubual.

“Sebaliknya, kita perlu bersedia dengan soalan yang lebih bagus,” katanya teruja.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");