Panasnya Hari Ini

Parti Pembangkang Digesa Henti Menyerang Satu Sama Lain – PasMa

Foto:- MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Kesemua parti yang berada di blok pembangkang digesa untuk berhenti daripada menyerang antara satu sama lain, sebaliknya,perlu ‘menyerang’ Barisan Nasional (BN).

Presiden Pertubuhan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMA), Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, segala persengketaan yang berlaku dalam pembangkang yang melibatkan DAP, PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) adalah satu tindakan membuang masa.

“Sebagai NGO yang pro-pembangkang, kami merasakan sepatutnya fokus harus diberikan kepada BN mengenai isu-isu rasuah dalam parti pemerintah.

“PAS bukan parti pemerintah, mereka hanya memerintah di Kelantan. Menyerang sesame sendiri memberikan kesan negative kepada blok pembangkang,”katanya, memetik laporan Malaysiankini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang berkata bahawa PAS telah diresapi dengan pemikiran ISIS.

Mohd Sabu berkata, disebabkan itu, beliau telah menubuhkan parti yang diketuainya kini dan beliau turut menuntut supaya siasatan terperinci dibuat oleh pasukan keselamatan Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");