Isu Panas

Pas perlu dekati ahli Umno, bukan parti

SHAH ALAM – Semua ahli Pas diingatkan untuk mendekati ahli-ahli Umno, tetapi bukan partinya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ahli Pas perlu dekati mereka untuk ditarik masuk ke dalam Pas.

“Dekati ahli Umno, bukan Umno. Ramai daripada mereka (ahli Umno) telah mulai kecewa dengan parti mereka dan adalah menjadi tugas ahli-ahli Pas untuk menarik mereka ke dalam Pas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, oleh itu, tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli Umno.

“Saya yakin ramai daripada mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar Umno, oleh itu Pas mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan,” katanya.

Menurutnya, di Selangor pada kempen keahlian tahun ini, hampir 6,000 orang memohon menjadi ahli Pas dalam masa tiga minggu dan kempen terbaharu akan dilancarkan Januari depan.

“Masa untuk Umno sudah berlalu. Pas mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan dan menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");