Panasnya Hari Ini

PAS Tawar Diri Untuk Bantu Selamatkan Negara

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kini adalah ruang buat PAS untuk tampil dan terlibat sama dalam urusan negara selain bertujuan menasihati pemimpin agar mentabir negara dengan berlandaskan syariat Islam.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, tindakan PAS menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan pusat bukan kerana mahu mendapatkan pangkat tetapi perlu dilihat adalah salah satu untuk menyelamatkan negara.

“Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.

“Permulaannya dengan menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran, kalau mereka tidak berubah caranya adalah mengambil alih kuasa tanpa dendam kesumat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tambahnnya lagi, PAS menyeru ahlinya supaya tidak mempedulikan mereka yang ‘Buta Al-Quran’ demi meneruskan perjuangan.

“Surah Al-Asr menegaskan, betapa konsep nasihat amat penting kepada jamaah Islam dan umatnya, dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak termasuk musuh yang paling zalim,” kata Abdul Hadi yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

“Kita kini tenggelam dengan bencana zaman orang yang menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan.

“Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan…kita mengikut sempadan Allah (dalam perjuangan dan dakwah),” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");