Panasnya Hari Ini

PAU 2015: Kerjasama PAS & UMNO Mampu Kembalikan Sokongan

KUALA LUMPUR: PAS tidak seharusnya dilihat sebagai musuh utama UMNO tetapi parti itu merupakan sahabat yang mampu membantu UMNO dalam mengembalikan sokongan terutamanya bagi Orang Melayu.

Kenyataan itu dilontarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun Datuk Din Adam ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.

Beliau pada perbahasan itu juga mengulas mengenai cadangan kerjasama parti berkenaan yang pernah berjaya membolot kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Tegasnya kerjasama itu sdalah langkah yang bijak.

“Di Terengganu, majoriti pengundi adalah berbangsa Melayu dan parti UMNO dan PAS adalah dua parti tunjang negeri. Pada PRU ke-13 kita menang banyak kawasan di pedalaman, kawasan bandar kita tak menang.

“Jadi saya setuju sangat kerjasama ini. Jangan pandang PAS sebagai musuh utama kita, kita kena lihat musuh utama kita DAP, sebab orang PAS adalah seagama dan sebangsa kita, tak mustahil kalau sistem (kerjasama) kita dilaksana baik, saya yakin di Terengganu orang yang menyokong PAS akan kembali menyokong BN,” katanya memetik sumber Awani hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya juga turut mengetengahkan cadangan kerjasama antara parti berkenaan yang dilihat kini menjadi mangsa oleh rakan pembangkangnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");