Panasnya Hari Ini

PAU 2015: Larang Muhyiddin Berucap, Perwakilan Sindir Keputusan MT

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tindak membenarkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 telah menerima sindiran daripada para perwakilan ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden, hari ini.

Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh berkata, tindakan itu menunjukkan tanda protes perwakilan terhadap keputusan yang telah dibuat itu.

“Anda boleh tafsir apa jua cara tapi boleh dilihat daripada reaksi perwakilan sebentar tadi, apabila mereka dalam nada sinis merujuk kepada pengecualian beliau (Muhyiddin) daripada berucap pada perhimpunan ini mencerminkan rasa tidak puas hati perwakilan,”katanya, memetik laporan mstar.

Tambah Tengku Razaleigh lagi, keputusan yang diputuskan oleh MT UMNO itu adalah muktamad dan tidak ada apa-apa tindakan yang boleh dilakukan.

“Itu peraturan yang mereka sudah putuskan di peringkat MT UMNO,”ujarnya.

Terdahulu, Muhyiddin tidak dibenarkan berucap untuk menyampaikan ucapan penggulungan Timbalan Presiden pada hari terakhir PAU 2015, pada Sabtu.

MT UMNO juga turut memutuskan bahawa Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan perwakilan ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri sebaliknya dirasmikan oleh ketua masing-masing.

Mengulas lanjut, telah wujud beberapa kumpulan kecil di dalam UMNO tetapi ianya sesuatu perkara normal dan biasa bagi mana-mana parti yang mempunyai keahlian yang besar.

Walaubagaimanapun, kewujudan kumpulan-kumpulan kecil itu tidak akan menimbulkan masalah di dalam UMNO, sebaliknya, parti orang Melayu itu akan diuji semasa pilihan raya umum.

“Parti ini sentiasa bersatu tetapi perpecahan sentiasa ada, begitu juga sikap berpuak apabila melibatkan sebuah parti besar,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");