Panasnya Hari Ini

PAU 2015: Najib Dijangka Perjelas Isu 1MDB, Penyingkiran Muhyiddin Dari Kabinet

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menjelaskan beberapa isu yang melanda dirinya kebelakangan ini pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada Khamis ini.

Antara isu yang akan dijelaskan kepada ahli UMNO adalah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai lalu.

Memetik laporan daripada mstar, Najib berhasrat untuk menangani keadaan yang sukar itu menerusi ucapan presidennya dan akan berhadapan dengan beberapa isu yang menjadi kebimbangan buat ahli parti.

Sumber berkata, sehingga ke hari ini, ahli diperingkat akar umbi masih belum mendengar secara langsung daripada beliau berkaitan isu pemecatan timbalan presiden di dalam Kabinet.

“Ini akan menjadi peluang pertama bagi Najib untuk mengemukakan hujah-hujahnya di pentas besar,”kata sumber.

Selain itu, pertelingkahan tanpa henti diantara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Najib akan mencetuskan kebimbangan besar kepada para perwakilan yang mahu mendengar daripada presiden mereka sama ada permasalahan itu boleh diselesaikan.

Kata sumber lagi, Najib akan memastikan bahawa beliau akan berucap dengan berhati-hati dan akan memastikan mesej yang ingin disampaikan olehnya tidak akan disalahertikan oleh semua pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");