Panasnya Hari Ini

PAU2015: Wanita UMNO Tetap Pertahankan Presiden

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa agar setiap perwakilan sentiasa berdiri teguh dan menyokong Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghadapi pelbagai isu yang menimpa kebelakangan ini.

Shahrizat berkata, Wanita UMNO perlu menjadi perisai dalam menangkis pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Presiden parti dan dalam masa yang sama perlu mengukuhkan kepimpinan dan pentadbiran Najib.

“Kita adalah parti dengan tradisi. Kita sokong presiden kita. Kita sokong pemimpin kita. Dengan semua sokongan ini, kita sebenarnya dapat keluar dari krisis ini.

“Setia kepada seorang pemimpin merupakan kekuatan kita yang dicemburui oleh mereka yang mahu memusnahkan parti. Kita perlu memberi kekuatan kepada presiden kita supaya pengkritik di luar atau dalaman parti tidak boleh melemahkan beliau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada para perwakian pada perhimpunan agung sayap itu, hari ini.

Tambah Shahrizat lagi, Wanita UMNO juga tidak akan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti.

“Marilah kita menjadi yang pertama memberikan kekuatan kepada Datuk Seri Najib dalam mengemudi parti. Marilah kita menjadi perisai mempertahankan parti”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");