Perak Hari Ini

Pelajar Perlu Pelbagaikan Bidang Ilmu

IPOH: Para pelajar disaran supaya terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan tidak sekadar hanya tertumpu pada pelajaran semata.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Tuan Chong Sin Woon pelajar kini tidak seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sahaja tetapi perlu mempelbagaikan bidang ilmu yang ada termasuk aktiviti sukarelawan.

“Kita sedang berganjak daripada sistem peperiksaan supaya ianya mampu melahirkan pelajar yang holistik dan mampu berfikir luar daripada kotak,” katanya ketika berucap pada majlis pertaulihan Anugerah Remaja Perdana Malaysia di sini hari ini.

Ujarnya lagi, generasi muda merupakan bakal pemimpin negara yang perlu diberi pendedahan untuk membentuk generasi yang lebih holistik.

Terdahulu beliau menyampaikan anugerah kepada 31 pelajar sekolah yang berjaya menerima pentaulihan Anugerah Remaja Perdana Malaysia untuk tahun ini.

PERAK TODAY 2

Sementara itu menurut Pengerusi Gandingan Bersatu Malaysia (GBM) seramai 700 penyertaan diterima dalam program ARP kali ini.

“Program Anugerah Remaja Perdana adalah sebuah program pengiktirafan oleh kerajaan yang bertaraf antarabangsa iaitu terbuka kepada semua remaja 14 sehingga 25 tahun,” ucapnya pada majlis tersebut.

Ujarnya, program ini memupuk semangat sukarela bagi menghadapi cabaran yang memberi penekanan kepada empat perkara iaitu penerokaan potensi diri, kemahiran hidup, tanggungjawab dan khidmat masyarakat.

GBM yang juga merupakan badan bukan kerajaan (NGO) terus bergiat aktif mempromosikan anugerah ARP kepada semua terutamanya remaja sebagai persiapan mengalas tugas selaku pemimpin masa depan.

PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");