Jenayah

Pemilik kenderaan tuntut pembelaan

TAMAN BAKTI: Dua pemilik kereta di Taman Bakti, dekat sini, menuntut pembelaan selepas kenderaan milik mereka mengalami kerosakan akibat dilanggar kenderaan dinaiki penjenayah dalam kejadian pada 4 petang, Jumaat lalu.

Menceritakan kejadian, Sarifaf Othman, 54, berkata, dia sedang berehat di ruang tamu rumahnya pada ketika itu dan terkejut apabila mendengar bunyi beberapa das tembakan.

Menurutnya, ketika itu dia menguatkan diri untuk menjenguk ke luar rumah dan mendapati seorang lelaki memandu kereta jenis Proton Exora berada di tengah-tengah jalan di taman tersebut.

“Disebabkan pihak berkuasa memintas kereta dinaiki penjenayah dari arah depan, penjenayah itu cuba lari dengan cara mengundurkan kereta sehingga melanggar pagar rumah jiran saya dan kereta Perodua Kancil milik saya.

“Pelanggaran itu turut menyebabkan kerosakan pada sebuah kereta jensi Honda Civic dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang diletakkan berhampiran kereta saya,” katanya.

Sarifaf berkata, dia mengalami kerugian hampir RM1,500 kerana terpaksa menanggung sendiri kos membaiki kereta berkenaan selepas kejadian itu.

Sementara itu, pemilik kereta jenis Honda Civic, Mohd Faiz Abd Ghani, 31, berkata, pelanggaran itu menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM4,000.

“Kami mahu pihak berkenaan bertanggungjawab kerana kerosakan itu terjadi akibat kecuaian mereka ketika menjalankan operasi di tempat awam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Tambahnya, penjenayah meninggalkan kereta dinaiki mereka di kawasan berkenaan sebelum melarikan diri dan hasil siasatan mendapati, kereta digunakan penjenayah untuk membawa masuk pendatang tanpa izin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");