Panasnya Hari Ini

Pemimpin Agama Gesa Rang Undang-Undang MKN Ditangguh

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin agama di Negara ini menggesa agar rang undang-undang kontroversi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditangguhkan.

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu Sikh dan Tao (MCCBCHST) berkata, beliau bersetuju bahawa wujudnya kebimbangan banyak pihak mengenai rang undang-undang tersebut.

Tambah majlis tersebut, ianya mempunyai kesan yang serius berikutan rang undang-undang itu bakal mengatasi peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan selain berkemungkinan mengancam kebebasan awam.

“Jika rang undang-undang itu tidak ditangguhkan, maka ia perlu dipinda bagi memasukkan menteri Kabinet parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya Dasar Keselamatan Negara yang sepatutnya boleh digubal dan diikuti.

“Rang undang-undang itu mesti membenarkan tindakan undang-undang di mahkamah, supaya sebarang salah guna boleh disekat. Dalam demokrasi, kuasa seluas itu tanpa sekatan dan imbangan tidak boleh diberikan kepada sebuah entity,”kata MCCBCHST memetik laporan Malaysia Kini.

MCCBCHST berkata demikian melalui satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Presidennya, Datuk Seri Jit Heng, Timbalannya, Datuk RS Mohan Shan, Naib Presiden, Sebastian Francis, Sardar Jahir Singh, Daozhan Tan Hoe Chieow dan Setiausaha Agung Kehormat, Prematilaka Serisana.

Mengulas lanjut, MCCBCHST berkata, rang undang-undang MKN itu sepatutnya perlu digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ini kerana, kata majlis itu, peruntukkan itu adalah berkaitan dengan undang-undang terhadap perbuatan subversive, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keganasan yang dirancang.

Terdahulu, Rang undang-undang MKN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu dan diluluskan dua hari kemudian melalui undian suara.

Rang undang-undang tersebut mencadangkan MKN, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dibenarkan mengisytiharkan keselamatan di sesuatu kawasan.

Walaubagaimanapun, MCCBCHST berkata, ianya akan mempunyai kesan yang sama dengan pengisytiharan darurat.

‘Keselamatan Negara’ yang didefiniskan melalui rang undang-undang itu luas dimana ianya berkata, ia mengumpulkan frasa tangkap semua yang merangkumi ‘kedaulatan, integriti wilayah, pertahanan, kestabilan sosiopolitik, kestabilan ekonomi, sumber strategik, perpaduan Negara dan perkara lain berkaitan keselamatan negara’.

“Perundangan itu dalam banyak perkara kelihatan tidak jelas, maka membenarkan MKN untuk mengenalpasti apa yang membentuk isu keselamatan.

“Apa yang membuat ia lebih teruk ialah rang undag-undang itu melindungi ahli MKN daripada sebarang tindakan, maka mereka tidak dipertanggungjawab atas tindakan mereka,”kata MCCBCHST.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");