Berita Hari Ini

Penerbangan Ehsan Bawa Pulang 13 Mangsa Nahas Bas Di Chiang Mai – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Sebuah penerbangan ehsan akan disediakan bagi membawa pulang kesemua 13 jenazah rakyat Malaysia, mangsa nahas bas di Chiang Mai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“PM (Najib) telah mengarahkan penerbangan ehsan untuk bawa 13 jenazah dari Chiang Mai.

“Urusan sedang dilakukan dengan Wisma Putra, Mindef (Kementerian Pertahanan) dan Duta Malaysia di Bangkok,” kata Ahmad Zahid menerusi laman twitternya @Zahid_Hamidi di sini, Isnin.

Seramai 13 daripada 22 warganegara Malaysia disahkan terkorban dalam nahas bas pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia), Ahad.

Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");