Berita Hari Ini

Pengesahan tukar agama hanya ditentukan Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga hakim yang dianggotai Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr Badariah Sahamid, memutuskan perkara berkaitan Islam, isu agama dan sama ada seseorang itu beragama Islam, adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

“Kami berpendapat perkara berkaitan (penukaran agama) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah,” kata Balia dalam keputusan majoriti dan sependapat dengan beliau adalah Badariah manakala Hamid Sultan menentang.

Panel itu membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan dua yang lain, kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan serta bapa mualaf, Muhd Riduan Abdullah, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan.

Keenam-enam perayu itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan sijil penukaran agama ketiga-tiga anak Muhd Riduan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");