Perak Hari Ini

Pengusaha Madu Kelulut Batu Kurau Tekad Tembusi Pasaran Tempatan

PERAK TODAY 2
Pengusaha madu lebah kelulut di Kampung Titi Kasai Tengah, Haris Mohamad.

BATU KURAU: Pengusaha madu lebah kelulut di Kampung Titi Kasai Tengah, di sini tekad untuk menembusi pasaran tempatan dengan mempelbagaikan lagi produk hiliran berasaskan madu itu.

Bermodalkan RM5,000 pada awal perniagaannya, Haris Mohamad, 46 tahun yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan kini telah menternak lebah kelulut dengan jumlah melebihi 100 lebih sarang di sekitar kawasan rumahnya.

Membesar di kawasan kampung, Haris menyatakan dirinya sudah biasa dengan lebah kelulut dan dia mengambil keputusan untuk menternaknya setelah melihat potensi madu kelulut yang sangat positif di pasaran tempatan.

“Madu kelulut ini mempunyai khasiat tiga kali ganda berbanding madu lebah-lebah yang lain.

“Kebanyakan orang melihat aktiviti penternakan lebah kelulut ini satu kerja yang senang, tetapi sekiranya tidak mempunyai ilmu tentang penjagaannya, ia akan menjadi satu tugas yang sukar,” ujarnya ketika ditemui Perak Today semalam.

PERAK TODAY 5
Haris menunjukkan cara mengambil madu kelulut kepada wartawan Perak Today.

Haris menyatakan dia telah mengambil beberapa kursus untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pengkormersilan madu kelulutnya bagi memastikan pengusahaannya terus melangkah ke hadapan.

“Saya mendapat kursus asas daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Petani Malaysia (MARDI) dan beberapa kurus untuk pemasaran dalam rangkaian internet, dan kursus-kursus ini sangat membantu bagin memajukan lagi pengusahaan saya.

“Selain itu, saya juga menambah jaringan persahabatan dengan penternak-penternak lebah kelulut bagi berkongsi ilmu,”ujarnya.

Bermula pada tahun 2014, Haris telah menternak dua jenis lebah kelulut iaitu Itama dan Thoracica dan menanam pokok-pokok herba di sekitar kawasan rumahnya bagi mendapatkan madu yang lebih berkhasiat.PERAK TODAY 9

Haris menjelaskan dia kini mula memfokuskan produk hiliran berasaskan lebah kelulut seperti sabun organik dan minyak terapi yang dihasilkan dirinya sendiri dan bercadang untuk memasarkannya pada masa akan datang.

Jelasnya, sabun organik yang dihasilkan melalui kajian yang dilakukannya sendiri telah mempunyaI 500 respon positif daripada pengguna yang telah membelinya.

“Sarang lebah kelulut yang dipanggil propolis dan makanannya yang dipanggil bee bread mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia.

“Saya telah menghasilkan sabun berasaskan dua elemen ini dan memasarkannya di sekitar Batu Kurau hingga ke Sabah, maklum balas daripada pengguna amata menggalakan,” ujarnya.

PERAK TODAY 3

Namun begitu, Haris menyatakan tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menciplak sabunnya membuatkan dia terpaksa memberhentikannya buat seketika bagi menyelesaikan urusan paten produk ini.

PERAK TODAY 4Selain itu, Haris turut menyatakan madu-madu kelulut yang dikumpulnya terus dibotolkan tanpa dicampur dengan bahan-bahan lain bagi memastikan keaslian dan kualiti madu itu terjamin.

“Saya akan mengumpul madu ini menggunakan satu mesin khas dan kemudian ianya akan terus dibotolkan tanpa dicampur bahan-bahan yang lain kerana ianya akan menghilangkan khasiat madu itu.

“Rakan-rakan saya di Kuala Lumpur adalah pelanggan tetap saya kerana mereka tahu keaslian madu yang saya pasarkan dan kalau ada orang nak beli madu ini kena datang ke sini atau saya sendiri hantar kepada meraka,” ujarnya.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga menyatakan penghasilan madu lebah kelulut ini agak kurang memberangsangkan kerana faktor cuaca yang sering hujan sekarang.

PERAK TODAY 8
Sarang lebah kelulut yang dipanggil propolis dan makanannya yang dipanggil bee bread

“Untuk mendapatkan madu yang banyak, lebah kelulut ini perlukan bunga yang sangat banyak.

“Memandangkan bulan ini sering hujan, jadi penghasilan madu agak kurang memberangsangkan kerana lebah kelulut kurang aktif kalau hujan, jadi saya akan mengambil madu daripada rakan penternak yang lain bagi menampung permintaan pembeli,” ujarnya.

Tambahnya, dia kini sedang bersiap sedia untuk bersaing dengan produk-produk kesihatan yang lain dan yakin produknya akan berjaya menembusi pasaran tempatan pada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");