Jenayah

Peniaga dituduh miliki nikotin tanpa kebenaran

Kota Bharu: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, terhadap tuduhan memiliki racun jenis nikotin tanpa kebenaran yang sah, bulan lalu.

Tertuduh Muhd Azhar Safie, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki racun jenis nikotin 518 mililiter tanpa kebenaran mengikut peruntukan Akta Racun 1952 di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, pada jam 11.15 malam, 5 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan itu dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari depan untuk sebutan semula kes.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");