Berita Hari Ini

Perhubungan awam penting dalam bentuk reputasi

KUALA LUMPUR – Perhubungan awam memainkan peranan dinamik dalam membentuk reputasi dan sebagai pemangkin kepada kelestarian, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, sementara reputasi merupakan satu konsep yang sukar difahami, ia membuktikan bahawa reputasi yang baik meningkatkan nilai korporat dan memberikan kelebihan ketahanan daya saing.

“Sesuatu perniagaan boleh mencapai matlamatnya dengan lebih mudah jika ia mempunyai reputasi baik dalam kalangan pemegang sahamnya, terutamanya pemegang kepentingan utama seperti pelanggan terbesar, pemimpin pendapat di dalam masyarakat perniagaan dan pembekal.

Sesebuah organisasi yangt dipandang tinggi oleh pemegang kepentingannya akan mempengaruhi orang lain dengan hanya mulut ke mulut. Orang awam akan lebih terdorong untuk mempercayai organisasi anda,” katanya semasa berucap di majlis Anugerah Kecemerlangan Perhubungan Awam Asean yang julung kali diadakan di sini malam ini.

Turut hadir ialah Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Datuk Ibrahim Abdul Rahman; Pengerusi Akademi Perhubungan Awam Asia (APRA), Tan Sri M. Kayveas dan Pengerusi Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BEIM), K. Haridas.

Salleh berkata, dalam Asia Tenggara terus menerima kesan daripada isu global dan ketidaktentuan pada satu darjah yang tinggi, pendapat umum kekal sebagai pusat untuk membentuk persepsi yang diterjemahkan kepada imej dan reputasi.

“Dalam suatu masa yang tidak menentu, kepercayaan dan reputasi adalah dua asas yang mungkin menjadi tiang organisasi untuk kelestarian dan pertumbuhan akan datang dan inilah tempat perhubungan awam memainkan peranan utamanya,” kata beliau.

Dalam hal ini, Salleh memuji usaha IPRM, BEIM dan APRA yang mengambil inisiatif berani untuk memperkenalkan Anugerah Kecemerlangan Hubungan Awam Asean buat kali pertama.

Anugerah Kecemerlangan Hubungan Awam Asean adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini yang mengangkat pencapaian terbaik kerja-kerja hubungan awam oleh organisasi.

Pada majlis itu, Lembaga Pelancongan Sarawak dengan penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia Kuching Sarawak diumumkan sebagai Juara Keseluruhan untuk Anugerah Emas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Pameran Bonsai dan Anggerik Kuala Lumpur 2015 merangkul Anugerah Perak manakala World Communication (M) Sdn Bhd dengan Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean memperoleh Anugerah Gangsa.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");