Panasnya Hari Ini

Permintaan Mahathir Untuk Negara dan Rakyat

KUALA LUMPUR: “Yang saya minta dari Najib ialah untuk Negara dan untuk rakyat”, tegas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya menerusi catatan terbaru di blog beliau, chedet.cc,semalam beliau menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa beliau tidak menyokong Najib kerana tidak mendapat apa yang dihajatinya.

“Bagi diri saya, tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran kerajaan untuk memberi tanah percuma di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain pun, saya tolak.

“Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik kepada kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan Kediaman Perdana Menteri lama di Jalan Terengganu, Off Jalan Damansara,”jelasnya.

Tambah Dr Mahathir lagi, beliau pernah menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 lebih buruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PRU12.

Meskipun keputusan yang diperolehi Najib lebih buruk berbanding pentadbiran Abdullah, Dr Mahathir menegaskan beliau masih menyokong Najib selaku ketua kerajaan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau menarik semula sokongannya terhadap Najib apabila rahsia hutang dan kerugian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

“Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib.

“Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk Negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

“Najib datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya sebut beberapa projek pembangunan untuk Negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB,”jelasnya.

Tambah Dr Mahathir lagi, imej Negara sebelum ini amat baik, tetapi telah dirosakkan oleh Najib sendiri.

“Hakikatnya, nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, told an tambang dinaikkan.

“Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh,” katanya.

Tambahnya lagi, pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti malah perniagaan dan industri juga menghadapi masalah yang sukar diatasi.

“Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej Negara.

“Apakah saya yang merosakkan imej Negara? Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Datuk Seri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");