Panasnya Hari Ini
Like

PKR Perlu Tinggalkan PAS – Zaid Ibrahim

December 13, 2015
145 Views
0 Comments
1 minute read
PKR Perlu Tinggalkan PAS – Zaid Ibrahim

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyarankan agar PKR hanya menjalankan kerjasama politik dengan parti baharu, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP melalui Pakatan Harapan.

Dalam masa yang sama, bekas menteri Kabinet itu berkata, PKR juga disarankan meninggalkan PAS.

Jelasnya, ini dapat dilihat apabila PAS cuma menjalinkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR dan dalam masa yang sama, ingin mengadakan kerjasama dengan UMNO.

“Jadi sekarang ini orang pun keliru, UMNO sokong PAS, PAS sokong UMNO. PKR sokong PAS, maknanya PKR sokong UMNO. Dah bercelaru.

“Jadi inilah yang memberi keuntungan kepada Datuk Seri Najib… sebab orang Malaysia ini fikiran dia tak clear (jelas), bercelaru,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, Zaid berkata PKR berkawan dengan PAS adalah untuk menyelamatkan Selangor daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, tetapi dalam masa yang sama, pendirian PKR telah mengelirukan rakyat.

“PKR di Selangor nak hidup. Nak pastikan mereka memerintah. Jadi mereka kata mereka berkawan dengan PAS, berkawan dengan DAP.

“Orang ramai agak keliru, siapa kawan kita, siapa setia dengan kita. Sekiranya PKR mengamalkan sikap begini, orang ramai akan hilang keyakinan terhadap pembangkang,”ujarnya.

Zaid turut berkata, sesebuah parti perlu mempunyai prinsip tegas untuk membolehkan rakyat memahami perjuangan parti itu.

Komen & Pendapat

Leave a Reply