Jenayah

Polis temui mayat lelaki dalam semak

KOTA KINABALU: Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh, di kawasan semak berhampiran Masjid Bandaraya Likas, kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mangsa, Mohd Ali Baba Kirim Abdullah, 27, yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit, dilaporkan hilang sejak 28 Disember lepas.

“Mayat mangsa didapati mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata mayat mangsa ditemui hasil soal siasat terhadap rakan mangsa yang dilihat kali terakhir bersamanya.

Katanya suspek berusia 23 tahun itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut dan menunggu laporan bedah siasat.

Polis turut merampas sebuah kenderaan Honda Accord milik suspek manakala senjata yang dipercayai digunakan semasa kejadian belum ditemui, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");