Membawang Hari Ini

Priyanka belum putuskan lakon watak angkasawan

Priyanka yang terus mendapat perhatian daripada penggiat filem di Bollywood dan baru saja mengukir nama di Hollywood menerusi drama bersiri terbitan Studio ABC, Quantico dikatakan mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem biopik Kalpana Chawla iaitu angkasawan wanita pertama dari India yang berdarah campuran India-Amerika Syarikat.

Kalpana dengan beberapa angkasawan lain menaiki kapal angkasa Columbia pada 1997, namun malangnya kapal angkasa itu musnah dan turut mengorbankan semua angkasawan yang berada di dalamnya termasuk Kalpana.

Bagaimanapun, Priyanka belum memberi sebarang komen mengenai tawaran itu.

“Saya dapat banyak tawaran berlakon filem tetapi saya tak tahu nak terima yang mana satu. Ada banyak skrip sekarang tetapi saya belum ada masa untuk membacanya,” katanya.

Sebelum ini, Priyanka berlakon dalam filem biopik peninju terkenal India, Mary Kom dan filem itu mendapat maklum balas positif.

“Buat masa ini, saya tidak boleh berlakon banyak filem di Bollywood kerana terpaksa berulang-alik antara India dan Amerika Syarikat apatah lagi Quantico akan disambung ke musim baru.

“Quantico mendapat sambutan yang luar biasa sehingga drama itu dialih dalam 44 bahasa antaranya Itali, Sepanyol dan Jerman.

“Dengan kesuntukan masa, saya hanya boleh berlakon dua filem saja di India dan sedang mempertimbangkan tawaran yang paling sesuai,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");