Sukan Hari Ini

Protelus A julang WAITGC 2015

Kuala Lumpur: Dua pasukan Malaysia melakukan kejutan pada Grand Final Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia (WAITGC 2015) dengan menduduki kelompok tiga tempat teratas kategori gross, baru-baru ini.

Dalam kejohanan berlangsung di Sungai Long Golf & Country Club dan Mines Resorts & Golf Club itu, pasukan Protelus A yang diwakili bekas penjaga gol kebangsaan Mohd Azmi Mahmud, Wan Shariman Abd Rashid, Nasarudin Abd Basir dan Abdullah Dania muncul juara dengan 685 pukulan keseluruhan bagi mengatasi pasukan India 1 dengan kele
bihan kiraan semula (OCB).

Pasukan dari India itu yang menampilkan Puri Suman, Amit Luthra, Gaganverma dan Jaiver Singh Atwal mencatat jumlah pukulan sama tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas kiraan semula berdasarkan jumlah handikap yang tidak berpihak kepada mereka.

Pasukan Protelus B yang membariskan Sazali Hassan, Mohd Shahidi Yahya, Mohd Firdaus Sabri dan Abu Samah Kechil mencatat 796 pukulan untuk tempat ketiga.

Kategori stableford pula menyaksikan pasukan Donuts dari Australia muncul juara dengan jumlah 327 mata mengalahkan pasukan 10/10 dari Brunei yang mengumpul 325.

Sebanyak 25 pasukan dari Australia, Brunei, India, Indonesia, Jepun dan tuan rumah, Malaysia berentap pada pusingan Grand Final ini selepas menempatkan diri dengan memenangi lima siri kejohanan kelayakan yang berlangsung dari Mac hingga Oktober 2015 di beberapa kelab golf terkemuka seluruh negara.

Hadiah disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab. Turut hadir, Pengarah Pembangunan Industri Tourism Malaysia Saidi Bundan dan Presiden WGMAM Mohd Rom Muslim.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");