Sukan Hari Ini

Puchong United tundukkan Kepong

KELAB Badminton Puchong United (BC) menjelmakan antara kebangkitan paling menarik dalam saingan Liga Badminton Kopiko untuk menewaskan Kepong BC 10-9 di Sports Arena, Sentosa, kelmarin.

Puchong United ketinggalan 1-6 selepas kekalahan perseorangan lelaki dan wanita, tetapi bangkit mengikat kedudukan 7-7 menerusi kemenangan dalam acara beregu campuran dan beregu lelaki sebelum pemenang terpaksa ditentukan aksi terakhir antara Hsueh Hsuan Yi dan Panji Akbar.

Menariknya, Hsuan Yi dan Panji juga saling berkejaran mata sehinggakan kedudukan terikat 9-9 pada satu ketika, sebelum kemenangan disahkan Hsuan Yi selepas bertarung lima set 3-2 (5-11, 11-7, 11-7, 5-11, 11-9) dalam masa 55 minit.

Ianya kemenangan dramatik buat Puchong United yang kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Klang United dua hari lalu, seterusnya mengukuhkan kredibiliti mereka selaku antara pasukan pilihan merampas kejuaraan dari Muar City BC.

Pada perlawanan keempat bagi kedua-dua pasukan, Kepong terlebih dahulu merebut pendahuluan 3-0, hasil kemenangan Shesar Hiren ke atas Syed Akbar Shah yang sekali lagi mendapat peluang beraksi ekoran ketiadaan Tanongsak Saemsomboongsok yang terlibat dengan kejohanan antarabangsa.

Puchong United semakin tertekan apabila giliran perseorangan wanita, Adriyanti Firdasari pula tewas 1-3 kepada rakan senegara Ganis Nurahmandani dan memberikan kelebihan selesa 6-1 kepada Kepong BC.

Begitu pun, kebangkitan yang diharapkan, di terjemah bermula dengan gandingan beregu campuran Chen Weng Hsing-Yew Hong Kheng–Wen Hsing yang bergandingan dengan Wong Fai Ying dua hari lalu membentuk keserasian mantap bersama Hong Kheng untuk menewaskan Ririn Amelia-Ai Wei Jian 3-0, menjadikan kedudukan 4-6.

Lee Jae Jin-Yoo Yeong Seong kemudiannya memastikan saingan menuju kepada pengakhiran dramatik, apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Andrei Adistia-Ta An Khang untuk kedudukan terikat 7-7.

Pada perlawanan perseorangan lelaki terakhir, Hsuan Yi bangkit daripada kekalahan set pertama untuk membawa perlawanan kepada penamat yang cukup mendebarkan dan melengkapkan kebangkitan Puchong United.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");