Panasnya Hari Ini

Rafizi Kongsi Petua Kepada UMNO Jika Mahu Menang PRU14

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih boleh kekal sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (Pru-14) sekiranya mendengar nasihat dan petua yang diberikan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, petua yang diberikan ialah dengan menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana populariti Perdana Menteri itu makin merudum saban hari.

“Saya setuju UMNO akan menang lagi PRU-14 dengan syarat tukar Perdana Menteri. Kalau masih kekal juga, Najib dan Rosmah kita akan tukar tempat dalam Parlimen.

“Perkara ini harus dijadikan iktibar iaitu rakyat Malaysia doakan kehancuran kita. Saya sering memuat naik gambar Najib di Facebook dan setiap kali itu akan menerima lima, enam ribu ‘Like’,

“Balasan komen bukan maki, tetapi doa misalnya ‘Ya Allah Ya Tuhanku, jatuhkanlah manusia ini, hukumlah dia’ pastinya beribu-ribu pelayar Facebook akan mengaminkannya,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi, apa yang berlaku itu telah menunjukkan bahawa timbulnya populariti negatif dalam kalangan rakyat biasa dan keluhan hati rakyat yang ikhlas.

Bagaimanapun, pendapat Rafizi itu disangkal oleh Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Noh berkata, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan BN tidak akan menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

“Kadang-kadang orang tak salah pun kena fitnah. Contoh Tan Sri Khalid (Ibrahim), tak salah, tapi kena fitnah.

“Rakan sejawatnya (Datuk) Saifuddin Nasution buat perkara itu sebab nakkan jawatan. Itu usaha PKR, tetapi BN tidak akan buat macam itu,”balasnya.

Kedua-dua mereka berkata demikian ketika menjadi Ahli Panel Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? Yang diadakan di Universiti Industri Selangor (Unisel).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");