Jenayah

Rampas 178 kotak mercun, bunga api

Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 178 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam satu operasi kira-kira 9.15 pagi, Ahad lalu.

Semua barang larangan dianggar bernilai RM154,902 termasuk cukai RM61,022, dimuatkan dalam lori kontena mini dipercayai dalam perjalanan ke Lembah Klang.

Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Mohd Nasir Yusoff berkata, risikan penguat kuasa cawangan Rantau Panjang mengesan lori berkenaan di Kampung Guntung Dalam, Setiu, Terengganu.

“Bekalan diperoleh dari negara jiran dan pemandu lori tempatan berusia 41 tahun turut ditahan.

“Bagaimanapun kelindan lori berjaya melarikan diri,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");