Jenayah

Rampas rokok RM1.58 juta

Kangar: Cubaan seorang lelaki menyeludup lebih 50 kotak besar berisi rokok bernilai RM1.58 juta termasuk cukai dari sini, ke Pendang, Kedah dengan lori gagal apabila ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.10 pagi, lima anggota JKDM yang menerima maklumat berhubung penyeludupan itu bertindak mengesan sebuah lori tiga tan dipercayai membawa muatan rokok jenama John yang diseludup dari Thailand.

Pengarah Kastam Perlis Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya berjaya mengesan lori itu yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun di kawasan Kangar.

Menurutnya, anggota kastam kemudian mengekori lori itu yang turut menggunakan khidmat tonto bagi melindungi kegiatan haram mereka menyebabkan pihaknya terpaksa berhati-hati.

“Sebaik memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di kawasan Jitra, pemandu lori berkenaan yang menyedari dirinya diekori memecut laju.

“Malah kumpulan tonto turut cuba menghalang kenderaan anggota kastam, namun hasil kecekapan kami berjaya memintas lori itu di Pendang, Kedah sebelum menahan pemandunya,” katanya.

Kamarudin berkata, suspek direman seminggu hingga 15 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");