Berita Hari Ini

Rayani Air rancakkan pelancongan Kelantan

KERAJAAN Negeri Kelantan menyokong penuh kemasukan pesawat Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) yang dijangka merancakkan lagi industri pelancongan domestik dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, setakat ini terdapat lebih kurang 44 penerbangan sehari keluar dan masuk ke negeri ini.

“Kerajaan Kelantan yakin perkhidmatan penerbangan Rayani Air menambah aktiviti di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan merancakkan lagi sektor pelancongan.

“Kita berharap dengan adanya penerbangan ke Kuala Lumpur dan Langkawi serta perkhidmatan patuh syariah dapat memberi manfaat kepada masyarakat Kelantan, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Operasi Pertama Rayani Air ke Kota Bharu, petang semalam.

Turut hadir, Pengasas Rakan Kongsi Rayani Air, Ravi Alagendrran, Pengarah Kewangan, Datuk Karthiyani Govindan dan Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari.

Operasi penerbangan menggunakan Boeing 737-200 itu sampai kira-kira jam 4.30 petang semalam turut membawa 25 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang, juga pesawat tersebut melalui upacara semburan penghormatan (water salute), disambut paluan rebana ubi dan 10 penumpang pertama dikalungkan bunga serta diberi hadiah

Sementara itu, Ravi berkata, pihaknya berhasrat akan mengadakan perjalanan terus dari Kota Bharu (KB) secara terus ke Jeddah bagi menghantar penumpang Kelantan ke Mekah menunaikan haji atau umrah.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan berdasarkan permintaan tinggi yang diterima daripada agen pelancongan di negeri ini.

“Memandangkan syarikat penerbangan ini menyediakan perkhidmatan mengikut patuh syariah, kami menerima banyak permintaan dari agen pelancongan dan penumpang Kelantan untuk mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Jeddah.

“Jika sambutan menggalakkan, kami akan menyediakan kapal terbang Boeing 777-200 bagi destinasi ke Makkah dalam sasaran tempoh masa setahun hingga dua tahun lagi,” katanya.

Kata beliau, bagi menampung permintaan tersebut, landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) perlu dilebarkan bagi menampung keperluan berkenaan.

“Perkara ini perlu diperhalusi dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi memastikan landasan di LTSIP cukup lebar untuk pendaratan pesawat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");