Berita Hari Ini

Rayuan peniaga vape sedang dipertimbang

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menunggu surat rasmi daripada Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) Kelantan untuk membuat sebarang pertimbangan berhubung dengan permohonan mereka untuk melanjutkan tempoh penjualan vape di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan kerajaan selepas menerima surat rasmi tersebut.

“Saya sudah bertemu dengan Presiden Penjual Vape yang telah berkunjung ke pejabat saya minggu lepas.

“Kita telah berbincang dengan penuh ukhuwah dan kita telah bersetuju bahawa persatuan buat permohonan kerajaan untuk menimbang keputusan yang telah dibuat supaya memberi sedikit masa tambahan kepada penjual.

“Sehingga kini saya sedang menunggu surat permohonan dari persatuan untuk di bawa kepada kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas permohonan PPVM Kelantan yang berharap agar kerajaan negeri memberikan mereka tempoh sekurang-kurangnya enam bulan bagi menghabiskan bekalan, berikutan pembekuan lesen sejak Rabu lalu.

Malah, lelongan yang dibuat lebih 50 peniaga vape Kelantan yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk pelbagai cecair vape kelmarin juga masih gagal menghabiskan stok vape yang dijual mereka yang terlibat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");