Sukan Hari Ini

Razak pamer aksi mantap

Port Dickson: Cuaca mendung tidak menghalang Abd Razak Abas mempamerkan aksi konsisten bagi dinobatkan juara Kejohanan Golf Cabaran Negeri Sembilan 2015 di Kelab Golf Port Dickson (PDGC), baru-baru ini.

Pemain amatur dari Melaka itu berkongsi 40 mata keseluruhan dengan Rozani Said dan Khairul Sabani, yang masing-masing muncul naib juara dan menduduki tempat ketiga.

Susulan kemenangan itu, Abd Razak membawa pulang trofi dan barangan elektrik manakala Rozaini dan Khairul memenangi hadiah barangan elektrik.

“Keadaan cuaca kurang baik sejak hari pertama tidak menjejaskan keseluruhan rentak saya.

“Saya mengumpul empat birdie yang dianggap antara persembahan terbaik sepanjang tahun ini. Malah ini kejohanan pertama saya menang tahun ini walaupun menyertai lebih daripada lima kejohanan,” kata Abd Razak selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Sembilan Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.

Seramai 320 pemain amatur dari seluruh negara mengambil bahagian dengan 100 pemain daripada mereka beraksi pada final.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Baharudin Jali, berkata biarpun terganggu dengan faktor cuaca, matlamat mempromosikan sukan pelancongan golf di negeri itu tetap tercapai.

“Sebelum ini hanya 250 peserta, tapi kali kali ini kami berjaya menarik lebih ramai penyertaan termasuk dari Filipina,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");