Sukan Hari Ini

Razman terkilan tak dapat beraksi

Kuantan: Perasaan terkilan tidak dapat disembunyikan kapten Pahang Razman Roslan di sebalik kejayaan pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia kerana dia masih lagi belum dapat turun beraksi.

Pemain pertahanan itu berkata, kecederaan buku lali kanan dialami belum memberi petanda untuk sembuh 100 peratus menjelang pertemuan dengan musuh tradisi Selangor di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Setakat ini dia tidak dapat mengesahkan tempat sama ada akan disenaraikan dalam kesebelasan utama kerana masih lagi mengalami kesakitan selepas hanya dua kali beraksi sepanjang kempen Piala Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan kecederaan ini belum lagi sembuh sepenuhnya tapi akan mengetahui tahap kecederaan hari ini (semalam) apabila turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

“Pada masa sama, Pahang sudah berada pada tahap ini (separuh akhir) dan sudah pasti saya mahu membantu pasukan mencapai misi layak ke final sekali gus mempertahankan Piala Malaysia,” katanya semalam.

Mengulas peluang Pahang ke atas Selangor pada separuh akhir pertama malam esok, Razman berkata, skuad itu perlu memanfaatkan segala peluang dimiliki sepanjang 90 minit.

Katanya, pasukan itu mahu mencari bekalan seleas seperti kemenangan 4-1 ke atas LionsXII pada suku akhir pertama sebelum ini.

“Tapi saya lihat Selangor bukan sebarang pasukan kerana mereka kini dilihat begitu mantap terutama dari segi semangat berpasukan yang tinggi dan kami perlu lebih berhati-hati dengan serangan lawan.

“Yang baiknya Selangor bukan lagi ‘badi’ Pahang dan peluang beraksi di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan selesa.

“Bagi saya peluang Pahang untuk melangkah ke final akan menjadi kenyataan dengan komitmen tinggi yang akan dipersembahkan sekali gus menghampakan Selangor,” katanya.-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");