Sukan Hari Ini

Risiko Fauzi

Kuala Lumpur: Pesilat negara Mohd Fauzi Khalid bersedia menanggung sebarang risiko kecederaan apabila turun beraksi di Kejohanan One Silat yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa malam ini.

Membuat penampilan pertama dalam kategori welterweight, Fauzi dijangka berdepan pertarungan sengit menentang juara One Silat yang lalu dari Singapura, Mohamed Rashid.

Dia bagaimanapun sudah bersedia untuk bertarung biarpun mengakui perasaan gemuruh tidak dapat dielakkan.

“Ini penyertaan pertama saya beraksi dalam One Silat. Ia bertujuan menunaikan hasrat arwah Tan Sri Omardin Mauju yang mahu melihat saya beraksi dalam pertarungan One Silat ini.

“Arwah sebelum ini mahu saya beraksi ketika One Silat diperkenalkan pada Mei lalu namun kerana komitmen untuk ke Sukan SEA saya terpaksa melupakannya. Jadi saya cukup teruja untuk beraksi biarpun tidak tahu apa yang akan berlaku nanti,” katanya.

Fauzi berkata, dia melakukan persediaan dalam tempoh dua minggu dan lantaran waktu terhad itu menyebabkan dia perlu bersedia menghadapi risiko kecederaan.

Katanya, One Silat pertarungan yang cukup berbeza berbanding silat olahraga dipertandingkan di temasya sukan atau Kejohanan Dunia.

Pertarungan kejohanan ini berlangsung tanpa sebarang alat pelindung dan membabitkan sentuhan fizikal secara menyeluruh.

Format pertandingan membabitkan tiga pusingan dengan setiap pusingan berlangsung tiga minit.

Sementara itu penganjur kejohanan Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sambutan diterima di luar jangkaan dengan pihaknya merancangkan pertarungan lebih besar selepas ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");