Panasnya Hari Ini

RUU MKN: Tambah Baik Dahulu Sebelum Serah Kepada YDPA

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu ditambahbaikkan sebelum dibawa kepada Yang Dipertuan Agong, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ‘berikrar akan terus menambah baik’ RUU tersebut.

Terdahulu, Shahidan dalam ucapan penutupnya berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan sebarang kritikan terhadap RUU MKN dan berikrar akan membuat penambahbaikan bagi mengelakkan pencabulan terhadapnya.

“Jika benar mereka mahu buat penambahbaikan, lakukannya sebelum ia diluluskan menjadi akta. Jangan kemukakannya kepada Yang Di Pertuan Agong dulu.

“Jika ia sudah menjadi undang-undang nanti, saya khuatir cakap-cakap tentang ‘penambahbaikan’ ini akan ditangguhkan atau lebih teruk, dilupakan begitu sahaja,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Perbahasan berkaitan RUU tersebut telah mengambil masa dua hari sejak Isnin lalu dan ianya tertumpu kepada kemungkinan kerajaan akan menyalahgunakannya.

Walaupun menerima kritikan hebat daripada banyak pihak, termasuk senator Barisan Nasional sendiri, Dewan Negara bagaimanapun telah meluluskan RUU MKN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");