Sukan Hari Ini

Ryan Giggs Setuju Dilantik Jurulatih Swansea

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs bersetuju dengan cadangan supaya dia menerima jawatan ketua jurulatih Swansea bagi menimba pengalaman.

Giggs, 42, yang merupakan penolong jurulatih di United merupakan calon pilihan yang akan menggantikan Louis van Gaal selepas kontraknya tamat pada 2017.

Swansea pada Rabu bertindak memecat jurulatihnya, Gary Monk dan sedia berbincang dengan Giggs untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

Pengerusi Swansea, Huw Jenkins dilapor berkata, kelab itu memerlukan seorang jurulatih berpengalaman dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi menyelamatkan skuadnya.

Swansea kini menghuni kedudukan ke-15 liga dan ingin memastikan tidak tergelincir daripada EPL pada akhir musim ini.

Jenkins memberitahu, Giggs merupakan calon tepat dan sangat dihormati kerana dia pernah beraksi dalam tempoh lama di EPL.

“Pengalaman yang ada pada Giggs sebagai pemain dan penolong jurulatih United pasti akan dapat membantu Swansea,” jelasnya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");