Panasnya Hari Ini

Salah Satu AeroTrains Di KLIA Kembali Pulih

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, sebentar tadi memaklumkan bahawa masalah yang telah berlaku di salah satu kereta api yang membawa penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah kembali seperti biasa.

Bagaimanapun, perkhidmatan bas masih lagi digunakan untuk memudahkan pergerakan penumpang dari Terminal Utama ke Terminal Satelit.

“Kepada semua penumpang yang memberi maklumbalas bersama-sama gambar-gambar keadaan semasa, kami amat menghargainya.

“Untuk makluman, pihak kami sedang berusaha untuk membaikpulih kereta api yang lain,”katanya.

Menurutnya lagi, para penumpang diminta untuk berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan sekiranya memerlukan bantuan.

Terdahulu, perkhidmatan kereta api di KLIA telah dilaporkan menghadapi masalah teknikal sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan.

Bagaimanapun, Malaysia Airports segera mengambil tindakan susulan dengan menyediakan perkhidmatan bas bagi memudahkan pergerakan penumpang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");