Berita Hari Ini

Sanusi bidas kegagalan Najib tangani beban negara

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid membidas kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengawal beban rakyat.

Katanya, oleh kerana Najib negara kini terpaksa menanggung bermacam kenaikan di atas kegagalan pemimpin negara itu mengawal keinginan nafsunya.

“Orang-orang yang berada di sekelilingnya (Najib) sama sepertinya,” katanya sambil menamakan beberapa individu yang dikenali oleh masyarakat negara ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir di sesi dialog bersama beliau anjuran Ketua Cawangan Badlishah, Kedah, Anuar Abdul Hamid di sini.

Menurut Sanusi lagi, orang-orang seperti itu mempunyai dua masalah utama iaitu kegagalan mengawal nafsu dan sifat gila duit.

Beliau juga turut membidas Najib atas kegagalan pemimpin negara itu mentadbir badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Katanya lagi, tanpa 1MDB, negara tidak akan dibebani dengan pelbagai masalah seperti sekarang.

“Kalau tidak ada GST, kita tidak akan ada GST (cukai barang dan perkhidmatan), harga-harga barangan, tol, minyak tidak akan naik,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");