Sukan Hari Ini

‘Saya penyokong setia TRW’

KUALA LUMPUR – “Saya hendak taja Kelantan bukan kerana mahu kembangkan bisnes semata-ma­ta, tetapi saya memang penyokong setia The Red Warriors.”

Itu pendedahan pengasas pro­duk terkenal, Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman ketika ditanya mengapa beliau tiba-tiba berminat melibatkan diri dengan bola sepak tempatan, sedangkan beliau sebelum ini lebih berminat menaja program berbentuk hiburan.

Malah, Dr. Hasmiza yang lebih di­kenali sebagai Dr. Vida turut men­dedahkan, bintang tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radzi (Piya) dan penja­ga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) merupakan pemain bola sepak kegemarannya.

Dr. Vida bagaimanapun me­­­ng­akui, setakat ini belum ada sebarang perjanjian dicapai biarpun te­lah mengadakan pertemuan de­­ngan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kelmarin kerana mereka masih berunding mengenai bentuk tajaan yang bersesuaian untuk skuad The Reds Warriors (TRW).

Bukan mahu melariskan produk kecantikan dan kesihatan semata-ma­ta, sebaliknya Dr. Vida yang ter­kenal dengan slogan ‘Qu Puteh, Barulah Putih’ memasang impian besar untuk membantu juara treble 2012, Kelantan kembali memberi sai­ngan dalam Liga Malaysia.

“Sebenarnya saya terpanggil (untuk menaja TRW) apabila terbaca da­lam Instagram saya. Ramai mengharapkan saya untuk cuba berbuat sesuatu dalam usaha menyelesaikan ma­salah KAFA.

“Kalau saya tak berminat, sudah tentu saya tidak akan buat pertemuan dengan beliau (Annuar). Te­tapi, sebelum itu kami perlu ber­bincang dengan lebih lanjut agar kami menemui situasi menang-me­nang,” katanya yang menjangkakan bakal mengadakan pertemuan seterusnya pada Januari depan.

Saingan Liga Malaysia musim 2015 me­nyaksikan KAFA berdepan masalah kewangan apabila mereka keha­bisan dana untuk pengurusan pasukan tersebut sejak Ogos lalu.

Masalah itu menyebabkan rekod bersih KAFA menjaga kebajikan pemain di bawah teraju Annuar sejak 2008 tercalar selepas mereka gagal melunaskan tunggakan gaji pemain.

Sebelum ini, nama jutawan kos­metik itu disaran untuk menjadi pe­nyelamat bola sepak di negeri Ke­lantan ekoran masalah kewa­ngan kronik KAFA.

Desakan itu timbul selepas Dr. Vida sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk menaja pelbagai program hiburan dan realiti televisyen, termasuk Gegar Vaganza 2015.

“Saya merupakan peminat TRW. Saya pernah menjadi penonton dan menyokong Kelantan. Dari situ saya rasa sungguh seronok selain dapat melihat penyatuan semangat dari semua pihak.

“Antara pemain Kelantan yang saya minat adalah Piya. Seorang lagi adalah penjaga gol terkenal dan popular, Apek.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk tajaan saya nanti.

“Sama ada nama produk saya akan dicetak pada jersi Kelantan ataupun saya akan menaja makanan tambahan (suplemen), sama-sama kita tunggu. Baharu ada feno­mena sedikit,” kata Dr. Vida yang jelas cukup bersemangat untuk membantu pasukan negeri kelahirannya itu.-utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");