Berita Hari Ini

Selesai masalah belia jika mahu raih sokongan

KUALA LUMPUR – Umno perlu menyelesaikan masalah golongan belia sekiranya ingin terus mendapat sokongan.

Perwakilan Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, antara isu yang perlu diberi perhatian adalah menyelesaikan pembelian rumah mampu milik bagi generasi belia.

“Memandangkan polisi bank yang semakin ketat, Umno perlu selesaikan masalah ini agar orang mula rasa dibela.

Begitu juga dengan harga rumah di negara ini yang boleh diibaratkan sebagai rumah mampu tengok dan bukan rumah mampu milik,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden, hari ini.

Katanya, masalah guru pada hari ini yang dibebani dengan tugas lebih daripada seorang pendidik juga perlu diselesaikan.

“Suami dan isteri yang berjauhan masih banyak yang belum diselesaikan. Guru-guru juga perlu mendapat keselesaan,” katanya.

Shahaniza meminta agar kepimpinan Umno tidak lalai dengan masalah parti sehingga meminggirkan kepentingan rakyat.

“Jangan sampai nanti bila rakyat sudah tawar hati dengan Umno, baru kita mahu selesaikan masalah. Pada masa itu semuanya sudah terlambat.

“Kita masih ada masa untuk selesaikan semua permasalahan. Ia terletak seluruh pemimpin dan ahli Umno. Kita perlu menzahirkan kebolehan yang dimiliki,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");