Jenayah

Serbuan 1.45 pagi

Alor Setar: Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidur ditahan Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan Op Sapu di rumah kedai dua tingkat di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Imigresen negeri Mohamad Yusri Hashim berkata, serbuan jam 1.45 pagi diketuai Penolong Pengarah Imigresen Nar Azaman Ibrahim bersama sembilan anggota membuat pemeriksaan ke atas 19 warga asing terdiri warga Indonesia berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan mengesan semua lelaki itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah untuk menetap di negara ini.

“Siasatan awal mendapati, mereka yang bekerja dengan syarikat pengurusan sisa pepejal di negeri ini melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan,” katanya.

Katanya, semua PATI itu dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");