Panasnya Hari Ini

Shafie Mahu Berjuang Demi Parti Dan Kerajaan

 

KUALA LUMPUR: Datuk Shafie Apdal menyatakan perjuangan yang dilakukannya adalah demi menambah kekuatan parti serta kerajaan dan bukanlah hanya sekadar menunjukkan kesetiaan kepada presiden semata-mata.
Menurut laporan yang dikeluarkan mStar, Naib Presiden UMNO itu mahu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipegangnya sebaik mungkin.
“Selaku naib presiden, saya tak pernah abaikan sama ada memberi sokongan malahan teguran dan pandangan bukan bererti semata-mata kita menunjukkan kesetiaan kepada presiden sahaja.

“Apa yang penting bagi kita ialah agar parti dan pemerintahan yang kuat. Kita perlu pertahankan kerajaan yang ada,” ujarnya.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas Ucapan Dasar Presiden pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, di sini.

Menurutnya, usaha untuk mempertahankan kerajaan memerlukan banyak cara dan pendekatan yang perlu yang dilaksanakan.

“Banyak isu yang perlu diselesaikan dan diperjelaskan. Dan kita beri pandangan,” katanya.

Beliau turut mengakui hakikat bahawa terdapat banyak perbezaan pendapat dari segi kaedah dan cara dalam politik.

“Kita perlu saling hormat-menghormati tentang perbezaan pendapat. Itu yang saya minta supaya kita juga perlu berucap,” katanya.

Tindakan Majlis Tertinggi (MT) untuk tidak membenarkannya berucap diterimanya dengan terbuka.

“Majlis Tertinggi dah buat keputusan, kita faham dan hormati setiap keputusan itu,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");