Panasnya Hari Ini

Shafie Mahu Ku Nan Hormat Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal mahu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhenti menyerang dan menghormati Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan daripada mStar, kelantangan Tengku Adnan memberi amaran kepada Muhyiddin dipersoalkan Shafie memandangkan ianya melibatkan hierarki Setiausaha Agung UMNO.

Naib Presiden UMNO itu berkata, arahan dan peringatan yang dilemparkan Tengku Adnan kepada Muhyiddin adalah satu budaya tidak menghormati pemimpin yang sepatutnya tidak berlaku dan harus dijauhi.

“Apa yang kita nak suburkan dalam UMNO? Ku Nan kata jangan cross the line. Dia cuma setiausaha agung sahaja. Nak bagi amaran kepada timbalan, boleh?

“Saya naib presiden tak boleh bagi amaran kepada setiausaha agung? Jangan buat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut mengenai amaran Tengku Adnan kepada Muhyiddin pada Isnin beberapa jam sebelum bekas timbalan perdana menteri itu berucap di Kelab Sultan Selangor.

Tengku Adnan dalam amarannya mahu Muhyiddin menjaga batas ucapannya jika tidak mahu dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Shafie berpendapat bahawa parti UMNO perlu menyuburkan budaya yang baik dan inklusif pada masa sekarang.

“Parti ini kita perlu suburkan, saya bimbang sangat tentang UMNO terutamanya mengenai cara pentadbirannya. Tanggungjawab kita adalah penting.

“Kita mesti inklusif dalam tindakan, jangan lihat ini kritikal santa dengan ambil tindakan pecat atau gantung keahlian jika beri pandangan krtikal,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");