Berita Hari Ini

Shahrizat terima anugerah di Dubai

KUALA LUMPUR – Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerima anugerah Lifetime Achievement Award 2015 dari Federation of Gulf Cooperation Council Chambers (FGCCC) di Dubai pada Isnin.

Menurut kenyataan dari Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri hari ini, penganugerahan itu sebagai menghargai usaha berterusan beliau dalam bidang pembangunan sosial dan keusahawanan di Malaysia.

“Saya akan pastikan pembangunan sosial dan keusahawanan di Malaysia melalui program-program yang lebih bersepadu dan strategik terus dilaksanakan seiring dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan Malaysia mencapai tahap negara maju,” kata Shahrizat dalam kenyataan itu.

Majlis Anugerah Kepimpinan Keusahawanan Timur Tengah 2015 anjuran FGCCC itu turut memberi penganugerahan kepada beberapa tokoh korporat di negara ini antaranya Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Resources Corporation Berhad, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang dianugerahkan Global CEO of the Year.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar dianugerahkan Visionary Leader of the Year manakala Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Faroz Mohamad Jakel dianugerahkan Global Enterpreneur Of The Year.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");