Sukan Hari Ini

Shahrom tak kisah siapa bimbing Selangor

KETUA pasukan Selangor, Muhd Shahrom Kalam menegaskan dia tidak mempunyai masalah sekiranya Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahu menukar jurulatih dengan membawa masuk Zainal Abidin Hassan untuk membimbing pasukan Merah Kuning, musim depan.

Menurut Shahrom, pemilihan jurulatih adalah di bawah bidang kuasa FAS sepenuhnya dan sebagai pemain, dia akan menerima dan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada sesiapa sahaja yang dipilih oleh pihak pengurusan pasukan.

“Kami sebagai pemain tidak kisah siapa yang bakal menjadi ketua jurulatih dan telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

“Apa yang boleh kami lakukan andai dakwaan itu benar adalah segera sesuaikan diri,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemasukan empat tonggak utama Pahang ke Selangor musim depan, Shahrom berkata, penyertaan mereka pastinya akan memperkuatkan pasukan kerana persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama akan menjadi lebih sengit sekali gus memaksa setiap pemain menunjukkan prestasi terbaik.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");