Perak Hari Ini

Shahrul, Fazrul Hazli Bakal Sertai The Bos Gaurus

IPOH: Pemain Felda United FC, Shahrul Mohd Saad dan pemain pasukan ATM, Mohd Fazrul Hazli Mohd Khadri dijangka akan kembali beraksi dengan pasukan The Bos Gaurus yang juga merupakan pasukan negeri kelahiran mereka pada Liga Malaysia 2016.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, kehadiran pemain-pemain ini dijangka akan dapat membantu memperkuatkan lagi pasukan Perak.

“Kehadiran pemain-pemain ini dijangka akan dapat membantu memperkuatkan lagi jentera dan serangan pasukan Perak The Bos Gaurus untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2016,”katanya, menerusi kenyataan media, hari ini.

Shahrul merupakan pemain pertahanan dan pertengahan yang pernah beraksi bersama-sama pasukan Harimau Muda B, Harimau muda A.

Malah beliau juga pernah terpilih untuk bermain dengan pasukan Harimau Malaya.

“PAFA sedang berurusan dengan Felda United FC untuk urusan dokumentasi perpindahan pemain yang berasal dari Perak itu,”katanya.

Seorang lagi pemain, Mohd Fazrul Hazli pula pernah beraksi bersama-sama pasukan Perak pada musim 2011-2012 sebelum berpindah ke Sime Darby FC pada musim 2013.

Pemain yang beraksi di posisi serangan itu kemudiannya berpindah ke pasukan ATM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");