Sukan Hari Ini

Shahrul sah tinggalkan Fighters

TEKA-teki perjalanan karier Shahrul Mohd Saad yang mempamerkan aksi cemerlang ketika bersama Felda United musim ini akhirnya terlerai apabila pemain tengah itu pulang menabur bakti bersama negeri kelahirannya, Perak bagi musim 2016.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Felda United yang bersetuju secara lisan melepaskan pemain berkenaan.

“Selain itu Perak juga berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang Sime Darby FC dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Fazrul Hazli Mohd Khadri yang beraksi di posisi penyerang.

“Kita harap dengan kehadiran kedua pemain ini ia akan membantu memperkuatkan benteng pertahanan dan jentera serangan The Bos Gaurus (TBG) bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2016,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pafa.

Shahrul yang pernah beraksi bersama Harimau Muda B dan A, mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah mula mendapat perhatian apabila mempamerkan aksi berkualiti ketika di bawah kendalian ketua jurulatih The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim yang meletakkannya beraksi di bahagian tengah.

Manakala Mohd Fazrul yang juga anak kelahiran Perak pernah mewakili Perak (2011-2012) sebelum berhijrah ke Sime Darby FC (2012- 2013) dan ATM (2014-2015).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");