Sukan Hari Ini

Shukor gelisah lawan Kedah

Kuala Lumpur: FELDA United kehilangan dua tonggak utama apabila Indra Putra Mahayuddin dan Christie Jayaseelan tidak dapat membantu The Fighters layak ke final Piala Malaysia.

Indra Putra tidak dapat diturunkan bagi separuh akhir pertama malam esok akibat penggantungan kad kuning manakala Christie terpaksa berehat kerana patah bahu ketika aksi suku akhir menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Kehilangan mereka berdua amat dirasai selepas kami kehilangan dua pemain (Ndumba Makeche dan Shahrulnizam Mustapa) yang tidak menyambung kontrak sebelum ini.

“Mana-mana pemain yang menggantikan Indra dan Christie perlu mempamerkan aksi dan bekerja keras seperti dipamerkan ketika menewaskan Johor DT baru-baru ini,” kata kapten FELDA United Shukor Adan.

Jelasnya, kejayaan menyingkirkan juara Piala AFC itu perlu segera dilupakan dengan misi seterusnya layak ke final.

“Kami terkandas pada separuh akhir musim lalu dan saya harap ia tidak berulang. Kami perlu mengekalkan rentak seperti di suku akhir,” ujarnya.

The Fighters akan turun menentang juara Liga Perdana Kedah pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.

“Kedah bukan lawan yang mudah. Saya lihat pemain import mereka amat menonjol pada Piala Malaysia,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");