Panasnya Hari Ini

#ShutdownJalanDuta, Berani Buat Beranilah Tanggung- Khalid

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertindak merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan kos sara hidup yang dijangka akan diadakan pada ambang Tahun Baru 2016.

Memetik laporan Freemalaysiatoday, kenyataan itu dilontarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau juga turut mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak `#ShutdownJalanDuta’, Shazni Munir Mohd Ithnin berkenaan surat makluman yang dihantar oleh pihaknya pada jam 6.30 petang telah ditolak oleh Polis atas alasan surat itu dihantar di luar waktu pejabat.

“Janganlah buat alasan berbagai..undang-undang kata perlu beri notis. Patuhilah. Kenapa pilih 6.30 petang baru nak hantar.

“Kenapa tak hantar sebelum tu..Jika mereka engkar, tindakan akan diambil…Berani buat beranilah tanggung,” katanya.

Penganjur katanya akan meneruskan tunjuk perasaan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam Tahun Baru 2016 tanpa surat makluman kepada polis.

Ujar Shazni, pihak jawatankuasa penganjur telah berusaha menyerahkan surat makluman berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 6.30 petang Selasa lalu namun ianya telah ditolak.

Tambahnya lagi, sebarang pemohonan permit juga adalah tindakan yang sia-sia berikutan dakwanya pihak Polis boleh menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membatalkan perhimpunan itu.

Bagaimanapun, ujar Khalid, sekiranya pihak #ShutdownJalanDuta dapat mematuhi undang-undang yang diperuntukan pihak Polis juga tidak akan menghalang perhimpunan itu untuk diadakan.

“Kalau patuhi undang-undang, kenapa pula kita nak halang. Dia saja cari alasan ni..buatlah dan bersedia hadapi undang-undang,” tegasnya.

Terdahulu penganjuran #ShutdownJalanDuta adalah hasil gabungan aktivis anak muda, reformis dan mahasiswa yang merancang untuk menyambut tahun baru 2016 di perkarangan Plaza Tol Jalan Duta bagi menyuarakan bantahan berkenaan kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

Demostrasi itu dijangka bermula pada jam 9 malam, 31 Disember.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");