Sukan Hari Ini

Skuad negara perlukan nafas baharu – Frost

PENGARAH teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost berpuas hati dengan sesi pemilihan pemain ke dalam skuad kebangsaan dan pengumuman dijangka akan dibuat awal Januari 2016.

Sepanjang sesi pemilihan, Frost dan jurulatih lain melihat aksi yang memberangsangkan ditampilkan oleh pemain-pemain termasuklah dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan juga persatuan negeri.

Mereka kini dalam proses perbincangan untuk memilih yang terbaik di mana pemain telahpun diberi peluang untuk membuktikan kebolehan masing-masing bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan.

“Mereka masih muda lagi dan bukan senang untuk meramalkan masa depan karier mereka tetapi mereka akan diberi peluang untuk membuktikan keampuhan mereka.

“Barisan skuad negara amat memerlukan wakil baru jadi saya amat teruja,” katanya.

Dalam pada itu, harapan juara GP Sirkit Kebangsaan, Iskandar Zulkarnain untuk mengintai peluang dalam skuad elit dipandang positif oleh Frost.

Bagi Frost, Iskandar semakin menghampiri sasarannya itu dan kini dia perlu berusaha untuk menduduki kelompok 30 pemain terbaik dunia.

“Dia semakin mendekati sasarannya dan saya berharap agar ranking dunianya meningkat ke kelompok 30 terbaik seperti dia katakan kepada akhbar lain, semestinya saya akan memantau prestasinya dalam kejohanan yang akan datang,” tambahnya.-awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");