Membawang Hari Ini

Soo Wincci Mahu Perkenal Artis Tempatan Di Taiwan

PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yakin populariti diraih di Taiwan dapat membuka ruang untuknya memperkenalkan bakat tempatan di luar negara.

Wincci, 30, berkata, banyak artis tempatan berbangsa Cina mempunyai bakat besar namun tidak mempunyai peluang mengembangkan bakat mereka lebih jauh dan nekad untuk membantu mereka.

“Saya sudah lama berhasrat untuk membantu artis-artis tempatan menempa nama di luar negara tetapi saya mesti menstabilkan karier sendiri terlebih dahulu.

“Syukur usaha saya selama ini mula menampakkan hasil selain mula menjadi perhatian di sana dan ini adalah peluang terbaik untuk memperkenalkan beberapa bakat tempatan ke luar negara,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Wincci, perancangan itu mula menampakkan hasil apabila dia bakal membawa beberapa artis dibawah naungannya ke China bagi mengadakan persembahan di sebuah konsert bersempena sambutan tahun 2016.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");