Berita Hari Ini

Sultan mahu umat Islam cipta teknologi

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah umat Islam perlu terus meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjadi golongan pencipta teknologi.

“Tanpa pendidikan, ilmu pengetahuan dan nilai pemikiran yang dikembangkan, umat Islam tidak akan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang kehidupan.

“Kegagalan menguasai ilmu pengetahuan berasaskan Islam dan kegagalan menerajui kehidupan akan menjadikan masyarakat Islam sebagai pengikut kehidupan yang terperangkap dalam kancah teknologi baharu yang mengelirukan,” titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Negeri di sini hari ini.

Tuanku Mizan bertitah umat Islam perlu terus menguasai apa sahaja bidang keilmuan dan perkembangkannya dengan bersunguh sungguh bersaksikan tiang agama agar Islam kembali menerajui peradaban dunia.

Baginda turut mengingatkan rakyat Terengganu supaya tidak terikut-ikut dengan kemajuan sehingga lupa kepada nilai agama yang sebenarnya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");